Nama-nama Baitulmaqdis

Artikel ini ialah mengenai kepelbagaian nama-nama Baitulmaqdis dan sebagainya. Sekiranya ingin mencari maklumat tentang keadaan politik dan sejarah Baitulmaqdis, artikel Baitulmaqdis ialah artikel yang paling sesuai untuk dibaca.


Kota lama Baitulmaqdis mempunyai banyak nama terkenal diserap dari pelbagai bahasa sebanyak "70 nama" menurut kitab Midrash.[1] Senarai-senarai telah dikumpulkan menjadi 72 nama Ibrani yang berbeza untuk Baitulmaqdis dalam teks-teks lama Yahudi.[2]

Masyarakat Palestin tidak kira apa jua agama mengenalnya sebagai Al-Quds (Arab: اَلْـقُـدْس) manakala orang Barat mengenalnya dengan nama seakar Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushalayim (termasuk Inggeris: Jerusalem); nama Ibrani ini diambil dari nama lama, yang dirakamkan seawal Zaman Gangsa Pertengahan, yang kemudiannya diulang-ulang sebut dalam etimologi rakyat, terutama dalam Yunani Bible, di mana elemen pertama nama tersebut berkait dengan perkataa Yunani: ἱερός (hieros, "suci"). Kota ini juga dikenali, terutamanya dalam kalangan Muslim, sebagai Baitulmaqdis (Arab: بَـيْـت الْـمَـقْـدِس, rumi: Bayt al-Maqdis, lit.'Rumah Suci'), merujuk kepada masjid ketiga agung, Masjid al-Aqsa yang terdapat di sana, dan di sisi Yahudi, digelar Kuil Suci (Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ‎, rumi: Beit HaMikdash).[3]

  1. ^ Numbers Rabbah, 14, 12; Midrash Tadsha (Baraita Phinehas ben Jair 10; Midrash Zuta Song of Songs 3,1; Midrash ha-Gadol Genesis 46, 8;
  2. ^ Ilana Caznelvugen lists the 72 names in her two articles "Many names for Jerusalem" and "70 Names for Jerusalem", Sinai 116, Mosad Harav Kook, 1995. The Jerusalem municipality website lists 105 Hebrew names.
  3. ^ Carrol, James. "Jerusalem, Jerusalem: How The Ancient City Ignited Our Modern World", 2011. Retrieved on 24 May 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne